RM4 Juta Untuk Usahawan, Bila Kerajaan Terengganu Akan Tunai Janji?


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah melancarkan Tabung Pemulihan PKS Terengganu akibat dari pandemik Covid-19 berjumlah RM 4.0 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, YB Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peniaga layak untuk memohon pinjaman sehingga RM50,000.

“Tempoh bayaran balik adalah selepas enam bulan daripada tarikh permohonan pinjaman dan ia turut bergantung kepada tempoh lanjutan PKP COVID-19,” katanya dalam laporan teganukita.net pada 31 Mac 2020.

Permohonan dibuka secara online sejak awal April lalu dan kini telah ditutup.

Inisiatif itu mendapat sambutan menggalakkan daripada para usahawan yang terjejas.

Selepas dua bulan, ia menjadi tanda tanya. Bilakah janji itu akan ditunaikan?

Post a Comment

0 Comments