PAS Tuntut Jawatan Timbalan Perdana Menteri


Apabila Tun Razak meninggal dunia tahun 1976, Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tun Hussein Onn naik menggantikan beliau.

Wujud teka-teki siapa bakal TPM.

Tiga Naib Presiden UMNO pada ketika itu adalah Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad.

PAS melobi Hussein agar jangan melantik Ghafar sebaliknya PAS mencadangkan Tan Sri Ghazali Shafie. Walau bagaimanapun, Hussein memilih Mahathir.

Dalam spekulasi rombakan kabinet ketika itu, PAS juga mencadangkan agar diberikan kuota Timbalan Perdana Menteri Kedua merangkap Menteri Pertahanan.

Tuntutan itu tidak dilayan. Setahun selepas itu, PAS ditendang dari Barisan Nasional selepas isu Darurat Kelantan 1977.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217755295899471&id=1393328054

Hasbie Muda
14 Jun 2020
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Terengganu

Post a Comment

0 Comments