Bersatu Hulu Terengganu Sasar 20,000 Ahli Sebelum PRU 15


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Terengganu menyasarkan untuk mencapai 20,000 ahli sebelum pilihan raya umum ke 15.

Bercakap dalam satu majlis perjumpaan parti itu Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu di Kampung Teluk Menara, DUN Manir baru-baru ini, Ketuanya, YB Dato' Rosol Wahid berkata, setakat ini penerimaan rakyat terhadap Bersatu di bahagian berkenaan menggalakkan dan kini kira-kira 600 ahli telah mendaftar.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggesa agar seluruh anggota jawatankuasa Bersatu bahagian itu supaya lebih bekerja keras dalam usaha memantapkan parti tersebut.

Bersatu Hulu Terengganu mempunyai 13 cawangan iaitu di Bukit Perah, Bukit Apit, Bukit Diman, Pengkalan Ajal, Felda Mengkawang, Matang, Tapah, Payang Kayu, Teris, Kuala Telemong, Pulau Bahagia, Kuala Dura dan Tok Randok.

Post a Comment

0 Comments