Bersatu Akan Pertahan Parlimen Hulu Terengganu, Tegas Rosol


Dato' Rosol Wahid bertekad untuk mempertahankan Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Hulu Terengganu menjadi satu-satu kerusi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Hulu Terengganu menegaskan perkara itu dalam satu mesyuarat parti berkenaan di DUN Manir, Sabtu lalu.

Rosol menyertai Bersatu pada Februari 2019 selepas keluar daripada UMNO.

Post a Comment

0 Comments