'Dalam Poket Setiap ADUN BN Terengganu Ada RM395,000'


Facebook propaganda politik yang ada kaitan dengan PAS Terengganu, Lok Koho Punoh mendedahkan, setiap ADUN BN di Terengganu mempunyai peruntukan berjumlah RM395,000 yang disalurkan oleh kerajaan negeri.

Dalam satu hantaran di facebook itu pada 30 April lalu, ia mempersoalkan ke mana peruntukan itu dibelanjakan?


"Adakah hanya berlegar di sekitar AJK UMNO Cawangan sahaja? Adakah ia diuruskan mantan JKKK?" katanya yang menuntut penjelasan dari ADUN BN Terengganu.

Dalam hantaran itu juga, ia menjelaskan setiap ADUN BN diberi peruntukan tahunan sebanyak RM250 ribu, bantuan Covid-19 RM45 ribu dan Bakul Ramadhan RM100 ribu.

Post a Comment

0 Comments