Agihan Dana Raya, Kerajaan Terengganu Masih Lagi Membisu


Dalam tempoh dua minggu menjelang Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan Terengganu masih lagi membisu tentang agihan dana raya kepada rakyat yang layak di negeri itu.

Ia menjadi tanda tanya, samada program kebajikan itu diteruskan atau sebaliknya.

Dalam ucapan Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 24 November tahun lalu, tiada peruntukan yang diumumkan bagi tujuan itu.

Agihan dana raya sebanyak RM300 hingga RM400 kepada setiap keluarga yang kurang berkemampuan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2005.

Menurut rekod, sejumlah RM44 juta diagihkan 146,543 penerima pada 2005, didikuti 2006 (RM46 juta, 153,162 penerima), 2007 (RM49.5 juta, 162,066 penerima), 2008 (RM47.5 juta, 156,290 penerima) dan pada 2009 pula RM50.6 juta untuk 166,029 penerima.

Manakala 2010 sebanyak RM46.8 juta diperuntukan untuk 164,243 penerima, 2011 (RM50.5 juta, 176,838), 2012 (RM53.5 juta, 191,467 penerima) 2013 (RM44 juta, 157,145 penerima), 2014 (RM70 juta, 189,840 penerima) dan 2015 (RM78 juta, 212,406 penerima).

Tahun 2016 (RM81.3 juta, 219,754 penerima) dan 2017 (RM88.7 juta, 239,323 penerima).

Pada tahun 2018, kerajaan negeri mengurangkan jumlah agihan dana raya kepada RM250 setiap keluarga dengan peruntukan RM88.7 juta.

Tahun lalu, jumlah agihan dan penerima berkurang kepada RM15.8 juta untuk 79,085 penerima.

Post a Comment

0 Comments