Zulkifli Ditamatkan Jawatan Sebagai Pengerusi Ketengah


Jawatan Dato’ Zulkifli Mohamad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah ditamatkan berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dalam satu surat bertarikh 17 Mac 2020 kepada Pengurus Besar Ketengah.

Dalam surat itu Ahmad Jelani berkata, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad pada 17 Mac 2020 telah bersetuju untuk menamatkan semua Lembaga Pengarah lantikan politik dalam agensi dan anak syarikat di bawah kementerian itu.


Zulkifli ialah Ketua Bersatu Bahagian Kuala Terengganu.

Turut ditamatkan, Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok sebagai Timbalan Pengerusi dan Zulkifli Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Wan Marzuki ialah Ketua Bersatu Bahagian Kemaman dan Zulkifli Ali ialah Ketua Amanah Kawasan Dungun.

Post a Comment

0 Comments