Covid-19, Kerajaan Terengganu Salur RM450,000 Kepada ADUN Barisan Nasional


Melalui Pakej Ransangan Terengganu Cakna bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak pendemik Covid-19, kerajaan negeri telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM450,000 kepada semua 10 ADUN Barisan Nasional di negeri itu.

Melalui surat bertarikh 29 Mac 2020 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu kepada Pegawai-Pegawai Daerah di negeri itu, setiap ADUN berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM45,000.

Pakej Ransangan Terengganu Cakna diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 22 Mac lalu.

Sementara itu, melalui surat berlainan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bertarikh 29 Mac 2020, kerajaan negeri turut bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM10.75 juta kepada semua 22 ADUN kerajaan dan 10 Pegawai Penyelaras DUN di kawasan pembangkang.

Menerusi pakej ransangan yang sama, setiap ADUN PAS menerima RM350,000 dan Pegawai Penyelaras DUN menerima RM305,000 bagi tujuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas di kawasan masing-masing.

Terengganu antara negeri yang menerima peruntukan berjumlah RM10 juta daripada kerajaan persekutuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 Mac lalu.

Post a Comment

0 Comments