Covid-19, Kerajaan Terengganu Lulus RM3.5 Juta Bantu MPKK


Kerajaan Terengganu telah meluluskan bantuan 'one-off' kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh negeri sebanyak RM3,556,400.

Dalam satu surat bertarikh 22 April 2020 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyatakan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 21 April 2020 telah besetuju meluluskan bantuan itu.

Katanya, bantuan itu diberikan kepada semua jawatankuasa MPKK yang terlibat menguruskan bantuan Covid-19 di seluruh Terengganu.

Dalam kenyataan itu, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dibayar RM300 seorang.

11 lagi Ahli Jawatankuasa akan dibayar RM200 seorang, ujar kenyataan itu.

Dengan jumlah MPKK di seluruh negeri sebanyak 1,046 buah, kerajaan negeri dijangka akan membelanjakan sekitar RM3.5 juta bagi tujuan tersebut.

Post a Comment

0 Comments