Bantuan Prihatin Nasional, Ahli Parlimen Dungun Layak Terima RM1,600


Ahli Parlimen Dungun, YB Wan Hassan Mohd Ramli layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

BPN merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang diumumkan Perdana Menteri pada 27 Mac lalu bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak pendemik Covid-19.


Semakan di bpn.hasil.gov.my menunjukkan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun itu layak menerima bantuan itu yang berjumlah RM1,600.

Wan Hassan telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Dungun sejak 2013 dan sebelum itu pernah menjadi ADUN Sura selama tiga penggal.

Pada pemerintahan PAS di Terengganu antara 1999 hingga 2004, Wan Hassan dilantik Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri.

Post a Comment

0 Comments