Bantuan Covid-19, Ke Mana Pergi Duit Terengganu Yang Berbilion?


Terengganu sebuah negeri petroleum sebaris Sarawak dan Sabah. Tetapi jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk meredakan kesan Covid 19 terlalu kecil.

Ya, terlalu kecil.

Sarawak umum peruntukan RM1.15 billion atau RM1,150 juta. Sabah umum peruntukan RM670 juta. Terengganu?

Hanya RM1.6 juta untuk seluruh negeri Terengganu.

RM640 ribu untuk Fasa 1 (RM20 ribu setiap DUN). RM960 ribu untuk Fasa 3 (Tambahan RM30 ribu setiap DUN). Ia terlalu kecil.

Saya simpati kepada MPKK yang menjadi sasaran kemarahan rakyat. Mereka tersepit. Bantuan terlalu kecil sedangkan rakyat Terengganu yang terjejas terlalu ramai.

Sekarang bukanlah masa untuk berkira dengan rakyat.

Terengganu negeri kaya. Ke mana pergi duit Terengganu yang berbillion?

Hasbie Muda
Ketua Pemuda Pakatan Harapan
Negeri Terengganu
16 April 2020

Post a Comment

0 Comments