Ahli Parlimen PAS Yang Tidak Jadi Menteri, Timbalan Menteri Akan Dapat Jawatan


Semua Ahli Parlimen PAS yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan diberi kepercayaan untuk mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan.

“MP PAS ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang (Presiden PAS) jadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

“Tinggal sembilan orang (lagi). Alhamdulillah, mereka akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC.

“Kerana mereka semua ini layak, mereka ini adalah ahli parlimen,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada media di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, lapor Malaysiakini, semalam.

Sebelum ini dilaporkan dalam media sosial, Ahli Parlimen Dungun, YB Wan Hassan Mohd Ramli dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Ahli Parlimen Setiu, YB Shaharizukirnain Abdul Kadir sebagai Pengerusi Tekun Nasional (TEKUN).

Post a Comment

0 Comments